ApaCerita

My WordPress Blog

Ayah Terlantar Kena Strok, Anak Perempuan Terpaksa Berhenti Sekolah Bekerja Jual Bunga Cari Pendapatan

Begitulah nasib yang menimpa kanak-kanak perempuan di Thailand terpaksa berhenti sekolah akibat kesempitan hidup dan bekerja demi menyara dirinya dan bapa yang terlantar sakit.

Ayah Terlantar Sebab Strok, Kanak-kanak Terpaksa Berhenti Sekolah Dan Cari Pendapatan Dengan Menjual Bunga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Menurut sumber, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal terpaksa bekerja sebagai penjual bunga di tepi jalan bagi mendapatkan sedikit wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan buat bapanya yang diserang strok.

Kisah kanak-kanak malang itu dikongsi seorang pengguna Facebook di negara berkenaan sebelum tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Malah, pihak jabatan kebajikan juga telah melawat rumah kanak-kanak itu dan mereka berjanji untuk meringankan beban keluarga berkenaan termasuklah membantu kanak-kanak terbabit menyambung semula persekolahannya.

Semoga kehidupan adik ini dan bapanya menjadi semakin baik dan diharapkan semoga adik ini dapat meneruskan pelajarannya.

Sumber : arenagempak

Dah baca jangan lupa like dan follow page Apa Cerita

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *