Bukan Selfie Dah Dilarang

Di tegur Ke rana Sel fie Di Mas jidil Ha ram

Bukan Selfie Dah Dilarang Ke Dekat Mekah? Ditegur Kerana Selfie Di Masjidil Haram, Ini Jawapan ‘Deep’ Ajak Shiro | Seronok lihat di Instagram bila ramai artis berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah.

Masing-masing memuat naik foto serta merakam video momen indah ketika berada di sana. Salah seorang artis yang kini berada di sana ialah pelawak terkenal Ajak Shiro.

Seperti artis serta jemaah lain, Ajak berkongsi di Instagram beberapa foto di Instagram. Tapi ada sesetengah pengikutnya di Instagram menegur perbuatan Ajak selfie di Masjidil Haram.

Dua hari lepas, Ajak Shiro telah memuat naik foto bersama isterinya di Masjidil Haram. Tetapi ada beberapa pengguna Instagram mempersoalkan perbuatan Ajak. Tidak senang dengan perkara itu, ini jawapannya.

Hanya orang pernah sampai ke sana sahaja tahu perasaan

Sumber : Instagram Ajak Shiro

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply