Cristiano Ronaldo Kena ‘Sound’ Dengan Seorang Wanita Kerana Tak Pakai Pelitup Muka Di Dalam Stadium | Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan UEFA Nation League diantara pasukan Portugal menentang finalis Piala Dunia Russia 2018 iaitu Croatia. Dalam perlawanan terebut, Portugal mencatat kemenangan 4-1.
Cristiano Ronaldo yang juga ketua pasukan skuad kebangsaan Portugal tidak turun beraksi awal pagi tadi dan hanya duduk di kerusi penonton dan menyaksikan perlawanan tersebut.
Ketika perlawanan berlangsung, Ronaldo ditegur oleh seorang wanita yang dipercayai kakitangan stadium kerana tidak memaki pelitup muka yang menjadi Prosedur Operasi Standard untuk berada di dalam stadium.
Tanpa banyak alasan, Ronaldo terus capai pelitup muka disebelahnya dan memakai dengan cara yang betul bagi mematuhi SOP stadium. Ronaldo kini beraksi untuk pasukan Juventus di liga Serie A Itali dan menjadi juara liga untuk musim 2019/2020.
Olha a responsabilidade, Robozão! Cristiano Ronaldo, que está na arquibancada, levou essa chamada aí por estar sem máscara. Todo mundo tem que usar para se proteger, não tem jeito! #NationsLeagueNoEI
.
Portugal x Croácia é na TNT, no YouTube (https://t.co/6l1lXPRpGt) e no @EIPlus pic.twitter.com/nqpLl01nh6— TNT Sports Brasil (@TNTSportsBR) September 5, 2020
Sumber: Esporte Interativo
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT