“Disolatkan Ribuan Orang” Pemergian Di Bulan Ramadhan Yang Mulia

“Disolatkan Ribuan Orang” Pemergian Di Bulan Ramadhan Yang Mulia..Allahuu

Satu perkongsian di Fesbuk telah mendapat perhatian para netizen yang mengisahkan pemergian seorang gadis di Mesir.

Menerusi fesbuk Muhammad Amiruddin, beliau menceritakan kisah bagaimana gadis ini dijemput ilahi dan layanan penduduk setempat terhadap jenazahnya.

KEMATIAN YANG DICEMBURUI SYAHIDAH YANG SEBENAR

إنا لله وإنا إليه راجعون..

Nama beliau Fatihatun Nahdliyah, merupakan mahasiswi tahun 3 Syariah Islamiyyah di Universiti Al-Azhar. Seorang yang berperwatakan cukup sederhana dan biasa.

Rajin membantu sahabat-sahabat dikala susah, kurang terkenal dan sedikit pendiam.

“Disolatkan Ribuan Orang” Pemergian Di Bulan Ramadhan Yang Mulia

Dikhabarkan dari Sahabat :

Seperti hari-hari biasa. Setiap petangnya, beliau selalu pergi ke Masjid Al-Asyraf dan ifthor (berbuka puasa) disana, kerana beliau ingin menghldupkan malam-malam Ramadhan dengan terawih, majlis ilmu dan juga Qiyamullail bersama dengan Syeikh Yusri Hafizahullah.

Masjid yang cukup terkenal di kalangan para penuntut ilmu kerana sering diadakan majlis-majlis ilmu pada setiap petang dan malamnya ditambah lagi pada bulan Ramadhan yang padat dengan pelbagai majlis.

Namun Allah lebih menyayanginya. Pada petang hari Rabu kelmarin, sewaktu beliau dalam perjalanan hendak pergi ke Masjid Al-Asyraf, beliau telah dilanggar oleh sebuah trak besar lantas menlnggal dunia ditempat kejadian.

Benar janji Allah, bagi mereka yang punya hati yang ikhlas dalam beribadah dan menuntut ilmu, bila tiba kem4tiannya, allah akan memuliakannya.

Dan hari ini menjadi saksi, sungguh ramai yang mendoakanmu, hatta dari orang-orang Mesir sendiri, jen4zahmu juga disolatkan oleh ribuan orang setelah selesai solat jumaat tadi dari orang-orang soleh dari segenap penjuru dunia di kalangan penuntut ilmu,

Jen4zahmu juga disolatkan di Masjid Al-Azhar dan diimamkan oleh kibar Ulama dari masyaikh-masyaikh Al-Azhar. Sungguh bertuahnya engkau dan sungguh aku mencemburuinya.

Ny4wamu dijemput Illahi pada bulan yang Mulia, menlnggal dunia pada malam ke 11 Ramadhan yang mana masuk fasa kedua di bulan ramadhan iaitu fasa pengampunan,

Sepertimana hadis Nabi Saw : “Awal bulan Ramadan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya itqum minan nar (Pembebasan dari Api Neraka)”

Engkau juga dijemput Illahi dalam keadaan dirimu sedang berpuasa, dalam keadaan langkah kakimu ingin pergi ke tempat yang mulia iaitu Masjid, dalam keadaan niat ikhlasmu untuk menghldupkan malam-malam Ramadhan,

Dalam keadaan dirimu sebagai seorang penuntut ilmu dan dikira sebagai seorang yang berjihad sehingga pulang ke kampung asalmu. AllahuAkhbar, Insya Allah kem4tianmu Khusnul Khotimah dan Syurga Sebagai pengganti.

Moga-moga jadi iktibar kepada kita yang masih hldup, beramal lah dalam keadaan niat hati yang ikhlas, walau sekecil-sekecil amalan,

Namun jika disertai dengan hati yang ikhlas Lillahi Taala, ganjarannya lebih besar dibanding dengan amalan yang besar tapi tidak disertai dengan hati yang ikhlas.

Siapa tahu, dengan amalan yang kecil itu menjadi asbab kita masuk ke syurga disebabkan Allah redha kepada kita. Seperti kisah lmam Al-Ghazali, sewaktu beliau menulis kitab,

Datang seekor lalat yang nampak kehausan, lalu meminum tinta lmam Al-Ghazali, melihat hal itu, lmam Al-Ghazali sengaja membiarkan lalat itu meminumnya sehingga selesai.

Setelah kew4fatan Imam Al-Ghazali, telah bermimpi sahabat karib dari Imam Al-Ghazali yang juga merupakan seorang ulama. Maka dalam mimpi tersebut, kawan karib itu bertanya.

Wahai Imam. Bagaimana keadaanmu sekarang? Jawab Imam Al-Ghazali, Allah telah menempatkan aku di tempat yang paling tinggi, maka kawan karib itu bertanya, adakah disebabkan kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang engkau tulis??

Maka jawab Imam Al-Ghazali, tidak!! Allah menempatkan aku ditempat yang paling tinggi disebabkan aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum tintaku kerana kehausan.. AllahuRabbi.

“Disolatkan Ribuan Orang” Pemergian Di Bulan Ramadhan Yang Mulia

Ulama juga berkata : Hati yang ikhlas ini, umpama seekor semut yang hitam, diatas batu yang hitam, dan dimalam gelap gelita.

Kita sendiri pun tidak tahu, adakah kita beramal selama ini disebabkan Manusia? Adakah kita beramal selama ini disebabkan perintah Allah semata-mata? atau kita beramal kerana ikhlas Lillahi Taala? Perbetulkan niat semula.

اللهم اغفر لها ورحمها..
اللهم أنر قبرها وجعله روضة من رياض الجنة..
ولا تجعله حفرة من حفر النار..
اللهم اغسلها بالماء والثلج والبرد..
اللهم نقها من الذنوب والخطايا كما ينقي الثوب الأبيض
من الدنس.. آميين يا رب العزة جل وعل..
~Kem4tian yang menghldupkan. Semoga menjadi ikhtibar buat kita semua. Selamat jalan Saudari, sungguh ramai yang mencemburui akan akhir dari kehldupanmu. Yang pasti gelar ‘Syahidah’ itu sungguh layak bagi dirimu sesuai dengan keikhlasan hatimu.

كفى بالموت واعظا
Cukuplah kem4tian sebagai pemberi nasihat.

Sekian. Muhammad Amiruddin Cairo, 🇪🇬

Semoga kisah ini menjadi tauladan dan memberi peng4jaran buat semua pembaca. Kita doakan supaya allahy4rhamah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat