Fakta Menarik Mengenai Baginda Nabi Muhammad SAW

Fakta Menarik Mengenai Baginda Nabi Muhammad SAW

SUBHANALLAH… Fakta Menarik Mengenai Baginda Nabi Muhammad SAW Yang Perlu Kita Tahu… Semoga Bermanfaat | Nabi Muhammad ﷺ adalah insan yang paling penting untuk kita, sebagai umat Islam. Beliau-lah yang memperjuangkan Islam, sehingga saat ini masih boleh berdiri tegak.

Rasulullah ﷺ adalah panutan untuk kita. Tingkah lakunya boleh menjadi cerminan untuk kita. Sebab, apa yang dilakukan oleh beliau adalah jalan menuju arah keselamatan. Maka, di hari lahirnya beliau, mengetahui kembali mengenai beliau, InsyaAllah akan lebih memberi rasa cinta kita kepadanya.

Salah satunya mengenai hal-hal menarik tentang Rasulullah ﷺ hingga patut kita teladani yaitu sebagai berikut yang kami kutip dari islampos:

1. Nama “Muhammad” yaitu nama yang paling popular di seluruh dunia (walaupun sedikit berbeza bergantung tempatnya seperti Mahomed, Mohammed, dan sebagainya). Serta menduduki urutan nombor dua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki (urutan pertama dihuni oleh nama ‘Jack’).

2. Nabi Muhammad ﷺ melaksanakan ibadah haji hanya 1 kali dalam hidupnya. Setelah Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah turunlah ayat yang mewajibkan Haji. Beliau hanya sempat mengerjakan haji sebanyak satu kali iaitu Haji Wada ‘pada tahun 10 H serta umrah sebanyak empat kali. Sebelum hijrah beliau mengerjakan haji berkali kali.

3. Islam tersebar ke Nusantara pada masa Nabi Muhammad masih hidup. Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok juga menyebutkan kalau menjelang suku tahun 700 M atau sekitar tahun 625 M-hanya berbeza 15 tahun setelah Rasulullah menerima wahyu pertama.

4. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, tetapi kedua-duanya gagal.

5. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah ﷺ menghadap Masjidil Haram iaitu solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

6. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam Islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah iaitu “Al Jama’ah” menggambarkan banyaknya bebrapa kumpulan dalam agama Islam yang terbentuk sepeninggal beliau.

7. Semuanya anak laki-laki Nabi Muhammad, iaitu, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Salah satu hikmahnya supaya kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

8. Kalimat terakhir Nabi Muhammad sebelum meninggal dunia iaitu “Ummatii … ummatii … ummatii …” yang mengungkap begitu besar cintanya pada umatnya.

9. Selama 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, iaitu, perang uhud.

10. Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, tetapi ingatannya begitu kuat serta begitu bijak.

Itulah beberapa fakta menarik mengenai Nabi Muhammad ﷺ. Ternyata, beliau memang sungguh istimewa, bukan?

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat