Hidayah Buat Pasangan Kembar Peluk Islam

Hidayah Buat Pasangan Kembar Peluk Islam

Hidayah Buat Pasangan Kembar Peluk Islam, Kerana Beban Terasa Hilang Setelah Peluk Islam | Jarang sekali mendengar kisah adik-beradik yang mengambil keputusan memeluk Islam,

Tetapi tidak bagi pasangan kembar perempuan ini apabila memilih untuk bergelar ‘saudara baru’.

Kisah mereka dikongsi penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang berkongsi detik pengislaman tersebut dengan memuat naik dua keping gambar di Facebook miliknya.

Kembar Memeluk Islam!, Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Jumaat lepas, Mary Ann Lorenzo mengucapkan…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung – Official

Menurut Firdaus, Mary Jane Lorenzo selesai mengucapkan dua kalimah syahadah di sebuah pusat dakwah di Setapak selepas adiknya Mary Ann Lorenzo melakukan perkara sama pada Jumaat lalu.

Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Jumaat lepas, Mary Ann Lorenzo mengucapkan syahadah di @mykampungfreshmart Shah Alam & hari ini, kakak kembarnya,

Mary Jane Lorenzo pula mengucapkan syahadah & memeluk Islam di pusat dakwah Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Setapak. Allahuakbar.

Sebelum mengucapkan dua kalimah syahadah, saya menerangkan tentang rukun iman & rukun Islam, lalu Mary Jane berkata;

“All this while I believe in Jesus but i never believe him as God but just A Prophet. So when I found out Islam also believe in Jesus as Prophet, it is compatible with what I believe.”

Sewaktu memimpinnya untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, Mary Jane menitiskan airmata & menangis. Saya membiarkan beliau menangis sebelum meneruskan dua kalimah syahadah. Sejurus selesai sahaja dua kalimah syahadah, beliau menangis lagi.

Saya bertanya kepada beliau, “How do you feel now sister?” & beliau menjawab;

“I feel so happy and relieve. Is like all my burden is gone.”

Ya saya faham keadaan apabila seseorang memeluk Islam, merasakan bebannya terangkat. Saya memberitahu Mary Jane bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam mengatakan apabila seorang beragama Kristian memeluk Islam, mereka akan mendapat ganjaran dua kali ganda pahala.

“Tiga orang yang mereka diberi pahala dua kali ganda iaitu seorang ahli kitab yang beriman kepada nabinya & mendapati Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam lalu beriman kepada beliau….” (HR Bukhari no. 3011)

Maligayang pagdating sa Islam Mary Ann & Mary Jane. (Selamat kembali kepada Islam)

Ketika ditanya tentang perasaannya selepas memeluk Islam, wanita berbangsa Filipina itu mengakui gembira dan lega selain berasa hilang semua bebanan yang ditanggung.

Menitis air mata dan menangis, Dapat pahala dua kali ganda…

Posting berkenaan menerima komen warganet yang turut meluahkan rasa syukur serta berharap pasangan kembar itu terus beristiqamah di jalanNya.

Sumber Dan Rujukan : Firdaus Wong Wai Hung

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat