Inilah Bacaan Doa

Inilah Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam

Info Menafaat : Inilah Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam | Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia.

Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor dibawah ini:-

-Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga)
-Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan)
-Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya)
-Penyakit
-Gangguan makhluk halus

Maksudnya; “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa, Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (riwayat al-Tabrani dan Ibnu Sunni no 749 tahqiq Ahmad Tahir).

Keterangan dan petua beramal
Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan Ibnu al-Sunni daripada Hajjaj bin Imran al-Sadusiy, daripada Amru bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazid, daripada Khalid bin Madan,

Daripada Abdul Malik bin marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda SAW mengajarnya doa di atas.

Menurut hadis riwayat Ibnu Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW itu. (rujuk al-Azkar: Bacaan apabila gelisah tidak dapat tidur).

Menurut pengarang buku, Doa dan Rawatan Penyakit, dia ini boleh dibacakan kepada pesakit dan air. Caranya ialah dengan meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua-dua belah matanya.

Air yang telah dibacakan doa itu tadi boleh digunakan untuk minum dan mandi. (rujuk buku karangan Prof. Dr. Harun Din, Doa & Rawatan Pesakit, bab masalah tidak dapat tidur malam)

Menurut Tiki Kustenmacher terdapat beberapa petua untuk mudah tidur, iaitu: (rujuk buku beliau bertajuk, How To Simplify Your Life hlm. 152-154.

Walaupun artikel difokuskan pada tidur sebentar (nap) tetapi penulis mendapati ada fakta yang sesuai untuk tidur yang lain);

Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian yang dilakukan di Madical School, University of Athens menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.

Biasakan tidur mengikut jadual.
Buat satu peraturan yang tetap, contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan lain-lain. (dicadangkan supaya melakukan adab-adab yang dianjurkan dalam Islam sebelum tidur.)

Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa supaya tidak terlalu panas. Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.

Dengan kepada sesuatu hingga ada rasa penat.
Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu tidur. Bangun tidur dengan beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.

Petikan daripada buku, 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, Telaga Biru Sdn. Bhd.