Inilah Kelebihan Dan Manfaat

Inilah Kelebihan Dan Manfaat Surah Al Kafirun

SUBHANALLAH…!!! Inilah Kelebihan Dan Manfaat Surah Al Kafirun | Qul yaaaaa ayyuhal kaafiruun “, ayat ini merupakan salah satu potongan dari surah pendek yang sering dibaca ketika solat.

Ya, surah Al-Kafirun merupakan surah ke 109 dalam Al-Qur’an yang berada dalam juz terakhir (jus Amma). Surah ini mengandungi kandungan tentang tidak adanya toleransi dalam Keimanan dan Ibadah.

Surah Al-Kafirun turun ketika kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad SAW. dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan yang beliau kehendaki.

Syaratnya Nabi Muhammad harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam tempoh masa satu tahun. Jelas sekali Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi.

Selain itu, surah ini juga mengajak umat berlainan agama untuk melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan tanpa bersikap saling mengganggu.

Seperti halnya dengan surah-surah lain, Al-Kafirun juga mempunyai keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan dan manfaatnya surah ini adalah adalah sebagai berikut:

1. Surah Ajakan Toleransi Beragama : Surah ini merupakan surah yang sangat terkenal kerana kandungannya mengajarkan untuk bertoleransi antara umat beragama.

Agama Islam dalam kitab suci Al-Quran di perintahkan untuk menghormati penganut agama lain. Seperti dalam potongan akhir ayat ini yang ertinya ‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.

Namun meski menghormati, urusan keimanan dan ibadah tidak ada kata toleransi. Menurut Imam Qurthubi, sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan bererti lemah atau diri menjadi patung mengiyakan kebenaran mereka,

Namun akan sebaliknya hal itu akan memperteguh keimanan dan membebaskan diri dari kemusyrikan dan kemunafikan sesuai dengan salah satu keutamaan surah Al-Kafirun.

2. Surah yang Sangat Ditakuti Iblis : Surah Al-Kafirun juga mempunyai keutamaan lain yakni menjadi surah yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya Tiada surah yang sangat ditakuti syaitan kecuali surah ini.:

“Tidak ada dalam Al-Qur’an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhal-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”.

Imam Ja’far ‘alayhis salaam berkata “Bacalah surat 7x dalam 1hari untuk menjaga iman, barang siapa membiasakan membacanya pada waktu matahari terbit dan terbenam, maka ia akan dilindungi dari keraguan, kesyirikan, dan keyakinan yang buruk”

3. Pahala Membaca Surahnya Adalah Sama Dengan Satu perempat daripada Al-Qur’an : Ternyata membaca surah Al-Kafirun sama dengan membaca seperempat dari Al-Qur’an.

Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Annas “Qul ya ayyuhal-Kafirun bernilai dengan seperempat Al-Qur’an.” Hadis ini dianggap hasan oleh al-Albani dalam kitab silsilah ahadits sahihah.

Hal ini disebabkan kerana Al-Kafirun mengandungi berlepas tangan dari syirik (tauhid atau kalimah syahadah yang pertama). kerana itu surah memiliki kandungan yang setara dengan seperempat Al-Qur’an.

Syeikh al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmizi menyebutkan bahawa Al-Qur’an hukum-hukum yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah serta penjelasan tentang kehidupan dunia dan akhirat dan Al-Kafirun mempunyai kandungan itu.

Menurut Syeikh Ibn Baz membaca empat kali surah ini sama dengan mengkhatam Al-Qur’an. Namun, ini bukan bererti setelah itu tidak perlu lagi membaca Al-Qur’an.

Sebab seorang muslim hendaknya membaca Al-Qur’an secara rutin setiap hari dan mengkhatamkannya dalam sebulan.

Sementara hadis di atas adalah untuk memberi motivasi kepada setiap muslim agar membaca surah yang mempunyai fadilat besar serta memahami dan mengamalkan dalam kehidupan.

4. Membacanya Sangat Dianjurkan Dalam solat-solat Malam : Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadis Jabir bin Abdullah: “Seorang laki-laki berdiri lalu solat subuh dua rakaat.

Ia membaca di rakaat pertama Qul ya ayyuhal-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi Saw bersabda :

“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul HuwalAhad (Katakanlah Dia adalah Allah yang maha Esa sampai akhir surah.

Lalu Nabi Saw bersabda: Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya. Thalhah berkata: Maka aku suka membaca dua surah ini dalam dua rakaat ini ”

5. Keutamaan Bila Dibaca Menjelang Tidur Dapat Membebaskan Kemusyrikan : Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal:

Dari ayahnya bahawa Nabi saw bersabda: Bacalah Qul ya ayyuhal-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan “.

Bila dibaca dengan Qul huwallahu Ahad akan memperteguh keimanan dan membebaskan kemunafikan: Hal ini disampaikan oleh Al Asymu’i berkata: Dikatakan Qul ya ayyuhal-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, kedua-duanya membebaskan dari kemunafikan. Wallahu a’lam.

Demikian artikel mengenai Keutamaan dan Manfaat dari surah Al-Kafirun. Semoga kita senantiasa membaca dan meresapi setiap ayat-ayat Allah SWT yang mempunyai manfaat dan keutamaan masing-masing. Semoga maklumat ini bermanfaat dan terima kasih sudi membaca.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Beli Barang Di Fingo

Beli Barang Di Fingo,Memang Murah Dan Puas Hati

Posted by Fingo Application Shopping Malaysia on Rabu, 12 Februari 2020

Register disini>> Join Now

Wasap : Nik

www.wasap.my/+60176215181/

Leave a Reply