Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur

Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur

Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur | Yang dimaksud dengan 3 surah qul adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:

Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan. Malahan juga terhindar dari segala perkara yang buruk.

Cara-caranya:

Ditempat tidur sambil duduk, baca surah tiga Qul (diawali dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga.

Untuk anak-anak yang masih kecil, Ummi atau Ayah boleh baca 3 Qul, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:

“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari)

Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dari-Nya. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

“Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat ”

Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati.”

Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah ” Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,download App Fingo Disini

Wasap : Nik

www.wasap.my/+60176215181/

Leave a Reply