Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat

Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud

Topik hari ini: Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat. Perasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai.

Ada yang letak di hujung kuku, ada yang bersilang dan bermacam lagi.Pada kali ini jom kita tengok bagaimana posisi sebenarnya jari kaki kita ketika sujud.

Kedudukan yang betul adalah dengan melipat hujung jari kaki sehingga perut jari kaki itu dirasa menyentuh ke bumi. Sekurang-kurangnya ada dengan satu jari kaki yang tepat kedudukannya (pada kedua kaki kaki).

Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh menjadi batal kerana ia adalah wajib anggota yang 7.

Justeru bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah tua dan sukar untuk melipat kaki, lakukan sekadar kemampuan.

Soalan: Kalau macam ini cara ini selama ini tidak sah solat saya?

Jawapan: Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka tidak sah solatnya.

Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.

Baca Juga Astagfirullah! Rumahnya Hampir Habis Terbakar Kerana Peti Sejuknya Meledak, Setelah Diselidiki Ternyata 4 Benda Ini Tidak Boleh Disimpan DiPeti Sejuk, No 4 Sudah Biasa Dilakukan

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo

Leave a Reply