Lelaki Ini Kongsi Detik detik Terakhir Beliau Bersama Dengan Anaknya

Lelaki Ini Kongsi Detik Terakhir Beliau Bersama Anaknya

Lelaki Ini Kongsi Detik Detik Terakhir Beliau Bersama Anaknya Sebelum Meninggal Dunia | Pengalaman yang paling memilukan dan menyedihkan bagi ibu bapa adalah kehilangan anak mereka, lebih-lebih lagi ketika usia yang masih muda.

Namun seorang ayah telah melalui detik yang sangat pilu apabila kehilangan anak lelaki yang berusia sembilan bulan kerana penyakit yang tidak diketahui.

Danhill Tan ialah orang yang paling gembira dan bersyukur apabila dikurniakan anak pertama, Danric Maurice.

Seperti bayi lain, dia telah dilahirkan dengan sihat dan sempurna. Tetapi setelah beberapa bulan kemudian, bayi comel itu mula jatuh sakit.

Danhill dan isteri menyangka bayi mereka akan pulih selepas rawatan, namun Danric tiba-tiba mengalami penyakit sawan dan ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik di Hospital Besar Cina, Manila.

Danhill dan isterinya terpaksa melihat bayi mereka menghembuskan nafas terakhir disisi selepas bertarung nyawa selama 17 jam.

Sumber : dukulangsat.com

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply