ApaCerita

My WordPress Blog

Nak Rumahtangga Bahagia Suami Pun Kena Bantu Buat Kerja Rumah

Memiliki rumah tangga yang bahagia dan harmoni semestinya merupakan impian semua insan di dunia ini.

Hidup bahagia bersama pasangan dan anak-anak yang disayangi adalah kebahagian yang ingin dikecapi oleh semua.

Terdapat banyak tips dan kaedah yang ada untuk mengecapi bahagia dalam berumah tangga. Terserah kepada individu sendiri sama ada mahu mengamalkannya atau tidak.

Antara kaedah yang berkesan adalah pasangan suami isteri bersama-sama dalam mengurus rumah tangga bukannya mengharapkan sebelah pihak sahaja dengan memberi pelbagai alasan.

Setiap pasangan memiliki teman hidup yang berbeza perangai dan sifatnya. Bagi wanita, memiliki suaminya yang rajin membantu merupakan satu keberuntungan dalam berumah tangga. Jikalau memiliki suami yang agak tidak memberi kerjasama, pastinya sangat menguji kesabaran dan boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini jika tidak ditangani dengan cara yang betul.

Bagaimanapun, sebagai pasangan yang telah berkahwin, seharusnya kita sentiasa memiliki sifat toleransi terhadap pasangan dan sentiasa membantu dan bersama-sama menguruskan rumah tangga bagi mengecapi bahagia berkeluarga.

Menurut coretan dari Mohd Fhais di laman facebooknya, ini lima jenis alasan yang tidak boleh digunakan para suami jika sang isteri meminta bantuan. Jangan biarkan isteri anda kepenatan kerja seorang diri dengan memberi alasan remeh sebegini.

BACA: Tatacara Menuntut Nafkah Di Mahkamah Syariah
Jangan Guna 5 Alasan Ini Biarkan Isteri Kepenatan Kerja Seorang Diri

#1Tak Tahu

“Abg tak tahu tukar pampers, sayang buat lah.”

Tak tahu atau buat buat tak tahu adalah alasan paling biasa kita dengar. Ini cara senang nak bagi tahu yang kita malas dan tak berusaha. Buat je dulu, alasan kemudian. Walaupun gagal sekurangnya boleh jadi teladan pada anak-anak.

#2Tak Pandai

“Abg mana pandai buat kerja rumah, abg bukan orang rumah.”

Tiada manusia yang lahir terus pandai buat kerja rumah, ada je orang rumah yang tak buat kerja rumah.
Tak pandai boleh belajar tapi kalau tak belajar tiada siapa boleh bantu walaupun seorang jutawan rumah.

#3Tak Yakin

“Abg tak yakin nak mandikan anak baru lahir, tangan abg kasar nanti patah tulang anak kita.”

Keyakinan tak boleh di beli di supermarket, keyakinan juga tidak boleh di warisi dari ibu bapa.
Tetapi keyakinan perlu di bentuk dari latihan dan tindakan.

#4 Tak Boleh

BACA: Sementara Masih Kecil, Didiklah Anak Menjadi ‘HAMBA’ Agar Besar Kelak Tidak Menjadi ‘RAJA’
“Abg tak boleh nak jaga anak seorang diri.”

Percayalah, jika isteri kita boleh mengandungkan anak 9 bulan 10 hari seorang diri, lelaki pasti boleh jaga anak paling kurang pun untuk 9 hari.

#5Tak Pernah

“Abg tak pernah buat susu sebelum ni, dekat universiti tak pernah ajar pun.”

Universiti tempat menimba ilmu dan tempat melahirkan golongan berilmu.
Rumah pula tempat kita mencurah bakti dengan mempraktikkan ilmu yang kita pelajari dari pengalaman, universiti mahupun dari kedai mamak.

Kadang-kadang bukan isteri tak boleh baca yang suami ni sebenarnya malas, dan banyak bagi alasan. Walaupun dah tahu mereka tetap suruh suami buat kerja rumah.

Sebabnya mereka tak pernah berhenti BERHARAP yang satu hari nanti suami dia akan berubah.Percayalah tiada kerja di dunia ini yang lelaki tak boleh buat kecuali kerja Tuhan.

Sekian terima kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *