Pelakon Drama Iklan Menjelang Raya Tahun Ini Tak Tahu Rupanya Video Judi, Saya Rasa Amat Kecewa Saifullah

Pelakon Drama Iklan Menjelang Raya Tahun Ini Tak Tahu Rupanya Video Judi, Saya Rasa Amat Kecewa Saifullah

Berikutan kontroversi video promosi perjudian ‘online’ yang mengundang kemarahan orang ramai terutama umat Islam, tiga pelakon video muzik (MV) tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut laporan eksklusif mStar Online, mereka mendakwa mendapat tawaran bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya.

Pelakon Drama Iklan Menjelang Raya Tahun Ini Tak Tahu Rupanya Video Judi, Saya Rasa Amat Kecewa Saifullah

“Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,” kata salah seorang pelakon pembantu.

Difahamkan, penggambaran MV berkenaan membabitkan lima pelakon beragama Islam iaitu tiga lelaki dan dua perempuan yang diadakan di Hulu Langat, Selangor.

Pelakon pembantu itu berkata, dia dan para pelakon lain hanya menyedari mereka terlibat dalam iklan mempromosi judi pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.

Pelakon Drama Iklan Menjelang Raya Tahun Ini Tak Tahu Rupanya Video Judi, Saya Rasa Amat Kecewa Saifullah

Malah dia juga meluahkan rasa kesal kerana tidak berani untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran tersebut.

“Kami desperate, freelance macam kami terjejas teruk. Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat. Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit… kami freelancer.

“Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua di penghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah judi.

“Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perjudian.

“Saya menyesal sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa pun. Saya jadi panik, bukan saya je… kawan-kawan pun kena dan saya rasa bersalah,” ujarnya.

Bagi pelakon utama Saifullah Mohd Yunus pula, dia terpaksa meneruskan penggambaraan kerana mahu bersikap profesional.

Pelakon Drama Iklan Menjelang Raya Tahun Ini Tak Tahu Rupanya Video Judi, Saya Rasa Amat Kecewa Saifullah

“Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang… tidak! Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang dirancang,” kongsinya.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat