Peringatan 12 Kaum Dibinasakan

Peringatan 12 Kaum Dibinasakan Yang Diceritakan Dalam Al Quran

Peringatan 12 Kaum Dibinasakan Yang Diceritakan Dalam Al Quran | Berikut adalah kaum-kaum yang dibinasakan.Kaum Nabi Nuh Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh.

Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut: 14).

Kaum Nabi Hud : Nabi Hud diutus untuk kaum Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Kaum Nabi Saleh : Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS Hijr: 80, Hud: 68, Qaaf: 12).

Kaum Nabi LuthUmat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, yaitu hanya mau menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian ). Walaupun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat.

Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka.

Dan, kaum Nabi Lut ini akhirnya tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyuaraa: 160, Annaml: 54, alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib : Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi.

Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas.

Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44) .Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun.

Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyuaraa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

Firaun : Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memberi amaran kepada Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan.

Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92) .Ashab Al-Sabt.Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Bandar Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu.

Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lain. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

Ashab Al-Rass : Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lain menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung.

Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (QS Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

Ashab Al-Ukhdud : Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar,

Termasuk seorang wanita yanga tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

Ashab Al-Qaryah : Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

Kaum Tubba : Tubaa adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air (QS Addukhan: 37).

Kaum Saba : Mereka diberi pelbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pokok-pokok untuk kemakmuran rakyat Saba.

Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Marib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19)

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Beli Barang Di Fingo

Beli Barang Di Fingo,Memang Murah Dan Puas Hati

Posted by Fingo Application Shopping Malaysia on Rabu, 12 Februari 2020

Register disini>> Join Now

Wasap : Nik

www.wasap.my/+60176215181/

Leave a Reply