Sempurnakan Wudhumu

Sempurnakan Wudhumu Dan Rasakan Hikmahnya

Sempurnakan Wudhumu Dan Rasakan Hikmahnya | Secara zahirnya, wudhuk adalah menyucikan anggota-anggota yang terdedah dan kotor seperti habuk dan debu. Begitu juga dengan ahli tersebut yang terdedah dengan maksiat dan dosa.

Sabda Rasulullah SAW ; “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua-dua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir.

Manakala ketika ia membasuh kedua-dua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa. ”Hadis Riwayat Imam Muslim. Antara hikmah wudhuk ialah;

1- Ulama Fekah: Wudhuk sebagai usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh air wudhukpaling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran yang wajar dibasuh.

2- Ulama Tasawuf: Anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang sering melakukan dosa. Seperti tangan yang memegang benda haram dan mata yang melihat hal yang terlarang. Selain itu, hikmah wudhuk yang lain ialah;

1- Menghindarkan Diri Dari Kekotoran, Penyakit Dan Kemungkaran, Hal yang paling penting dalam wudhuk adalah simboliknya yang memberikan rasa percaya diri sebagai seorang yang ‘bersih’ dalam menjalankan tuntutan kepada Allah SWT, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca al-Quran.

Wudhuk juga bertujuan membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas, seperti solat yang membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah serta memadamkan dosa-dosa lalu.

2- Memberi Kecerdasan Minda Dan Menenangkan Jiwa, Ahli kaji saraf (neurologist) juga membuktikan berwuduk yang menyejukkan hujung urat saraf jari tangan dan jari kaki membantu untuk menenangkan fikiran.

Begitu juga dengan titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur, terdapat persamaan dengan anggota wudhuk dan rukunnya.

3- Membersihkan Diri Dari Dosa-dosa Kecil, Dengan berwudhuk juga mampu menghapuskan dosa-dosa kecil, begitulah kasih saying Allah kepada hambanya dengan mengurniakan pelbagai cara utnuk menebuskan hambaNya dari dosa-dosa.

Jadi bayangkan jika kita berwudhuk sebanyak lima kali seharisemalam? Bukankah sudah mampu menghakis dosa-dosa kecil terdahulu?

4- Menjauhkan Diri daripada Gangguan Syaitan, Jika marah, berwudhuklah, sesungguhnya ia mampu memadam kemarahan itu. Ini kerana marah itu dari syaitan yang dijadikan daripada api manakala wudhuk itu adalah air mustajab yang akan memadam kemarahan itu.

Lalu, wudhuk yang sempurna akan memberi kekhusyukan dalam sembahyang. Sesungguhnya wudhuk yang baik membantu menjadikan solat tersebut lebih baik.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

SUPER MUDAH NIAGA ON LINE..

Saya mencari orang yg nak buat duit je…💎 Walaupun duit bukan segala segalanya, tapi dgn adanya duit banyak perkara boleh diselesaikan..👉Ada 2 cara utk. anda lakukan. Kalau ni pon anda ❎ mampu. Anggap lah ❎ada rezeki..✳Modal membeli barangan fingo bernilai Rm199.💎Fingo akan beri barang pilihan anda danboucer tambahan bernilai sehingga Rm398. ❎ rugi pun..✳Rajin share dan copy/paste.Alhamdullilah.Rezeki tak pernah salah alamat😍 setiap minggu ada duit extra masuk. Banyak pulak tu!! Kerja tak susah pon.. 😅‍‍💸‍‍Bonus sehari RM100 – RM500.💸Duit terus masuk ke akaun bank tiap2 minggu…‍Korang boleh cuba.Kalau korang nak.@ komen "NAK".. Saya ajar secara ditil bagaimana nak buat duit💸💸💸💸Wasap : Nikwww.wasap.my/+60176215181/

Posted by Fingo Application Shopping Malaysia on Selasa, 21 Januari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo

Wasap : Nik

www.wasap.my/+60176215181/

Leave a Reply