5 Syarat Agar Amalan

Amalan Yang Dikerjakan Menjadi Ibadat

Syarat Agar 5 Amalan Yang Dikerjakan Menjadi Ibadat, Ini Penjelasannya | Ibadat menurut bahasa bermaksud merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Manakala dari segi syarak pula adalah merendah diri, tunduk, patuh dan taat sepenuhnya kepada Allah. Ibadah terbahagi kepada dua bahagian iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

Ibadat umum adalah apa yang diperintah oleh Allah dan wajib untuk dilakukan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam rukun Islam dan yang seumpamanya seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca Al-Quran, zikir dan sebagainya.

Ibadat umum pula adalah perkara selain apa yang terkandung di dalam ibadah umum. Ia dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Berikut adalah syarat-syarat agar amalan yang kita lakukan menjadi ibadat dan memperoleh pahala dari Allah s.w.t:

1- Amalan-amalan yang dilakukan mestilah diakui Islam, Amalan-amalan itu mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam.

2- Niat kerana Allah, Buatlah amalan dengan niat kerana Allah dan mendapat keredhaanNya. Apa jua yang dilakukan mestilah bertujuan untuk membangunkan diri, keluarga dan seluruh umat Islam.

3- Perkara yang dilakukan mengikut syariat, Ia bukanlah amalan yang dilarang oleh Allah atau diharamkan oleh-Nya. Amalan-amalan yang dibuat mestilah dibuat sebaik-baiknya mengikut kehendak Allah dan Rasulullah s.a.w.

4- Pelaksanaannya harus sesuai syariat, Dalam melaksanakan amalan atau pekerjaan tersebut, lakukanlah tanpa melampaui batas. Maka dalam amalannya, dia tidak menzalimi, menindas atau mengambil hak orang lain.

5- Tidak meninggalkan yang wajib, Dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

An-Nuur: 37, Janganlah amalan yang dikerjakan menyebabkan kita meninggalkan hal-hal yang wajib iaitu ibadat yang telah dikhususkan seperti meninggalkan solat fardu atau tidak berpuasa.

Konsep ibadat di dalam Islam amat luas berbanding konsep ibadah dalam agama lain. Dalam Islam, urusan dunia boleh dicampurkan dengan urusan akhirat. Lantas, amalan yang baik itu akhirnya menjadi suatu ibadat dan melahirkan umat yang berakhlak mulia.

Sumber : KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply