Terhapuskah Dosa Mengumpat Dengan Hanya Bertaubat

Terhapuskah Dosa Mengumpat Dengan Hanya Bertaubat

Terhapuskah Dosa Mengumpat Dengan Hanya Bertaubat? Ini Penjelasan UAI Buat Membawang Terpana | Soal : Saya ada membuat salah iaitu menyebut keburukkan seseorang di belakangnya.

Saya sudah menyesal dan tidak mahu mengulanginya lagi. Adakah di akhirat nanti saya sudah terlepas dari kesalahan saya itu?

Jawab : Menyebut keburukkan orang lain atau mengumpat atau mengejinya di belakangnya adalah satu perbuatan zalim dan dosa yang besar.

Tidak sah bertaubat kalau hanya dengan menyesal dan berazam tidak mengulanginya. Wajib berjumpa dengan orang yang tuan telah menyebut keburukkannya itu dan meminta maaf darinya.

Jika dia maafkan maka di akhirat tidak lagi dibicarakan perkara tersebut dan jika dia tidak maafkan maka perkara tersebut akan dibicarakan di mahkamah akhirat nanti.

Sekian Terima Kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat