“nasib baik tak tekan air panas, kalau tak menggelupor kau” – Gelagat kucing terlampau bijak tarik perhatian ramai

Setiap hari banyak karenah haiwan seperti kucing yang dikongsikan di laman aplikasi media sosial seperti laman Instagram atau laman Tik Tok. Pelbagai cerita menarik yang membuatkan ramai yang suka menonton karenah haiwan yang comel dan manja ini.

Terutama bila melibatkan kucing, kucing antara yang paling diminati oleh ramai penggemar haiwan peliharaan. Kucing mempunyai satu tarikan yang membuatkan ramai yang suka bermain dan memelihara sebagai hobi mereka.

Sebuah video mengenai seekor kucing telah dimuatnaik di laman aplikasi Instagrams reel apabila ianya memaparkan seekor kucing yang sedang minum air. Bukan minum air pada bekas yang disediakan tetapi si kucing comel itu terus minum daripada mesin penapis air.

Pandai betul si kucing itu menggunakan tangannya untuk membuka penapis air itu dan membukanya sedikit demi sedikit tetapi air itu menitis dan boleh minum terus melalui titisan air itu tadi. Cerdik betul seperti sudah terbiasa melakukannya, mungkin si kucing itu nampak pemiliknya selalu minum begitu mungkin.

VIDEO KLIK DISINI

Ketika dilihat pada ruangan komen, rata-rata warganet tergelak melihat cara unik kucing itu minum air dan ramai juga yang memuji kecerdikannya untuk meminum air tanpa menyusahkan pemiliknya.

Komen Netizen:

Sumber : https://www.instagram.com/hotfm976/